Langkau ke kandungan utama

Ikhtiar Susukan Anak Sendiri Tanpa Campur Susu Formula

NIAT NAK SUSUKAN ANAK SEHINGGA ANAK UMUR 2 TAHUN TAPI TIDAK MAHU CAMPUR SUSU FORMULA??

Ada 10 TIP berguna untuk anda 😉

Siapa tidak mahukan yang terbaik buat si anak kan?
Pasti ramai mama di luar sana yang ingin menyusukan anak mereka sehingga anak umur 2 tahun.




Sebenarnya perjalanan menyusukan anak sehingga 2 tahun amat memerlukan sokongan dan kekuatan dari segi mental dan fizikal.

Perkongsian dari Puan Hazrina Nasir ini dilihat sangat membantu mama-mama di luar sana yang mahu menyusukan anak secara eksklusif. Jom kita tengok apa tip berguna itu.

1. BUKA PERSEDIAAN MENTAL 💚

Saya dan suami memang merancang. Jadi bila bersedia nak ada anak sebelum mengandung lagi saya dah ambil tahu mengenai kehamilan. Dalam proses itulah saya tahu mengenai kebaikan breastfeeding. Sejak dari itulah saya jadi teruja dan semangat nak susukan anak.

2. TAMBAH ILMU 😉

Kalau dah niat tapi tak tahu caranya pun susah juga. Jadi saya pun mulalah tambah ilmu breastfeeding. Saya baca aritkel-artikel di internet dan blog-blog ibu menyusu, tanya kawan-kawan dan juga join forum penyusuan susu ibu. Bila ada ilmu saya rasa lebih faham dan yakin. Contoh kalau ibu bekerja mesti nak kena tahu macam mana nak urus stok susu perahan EBM dan sebagainya kan.

3. SOKONGAN SUAMI DAN AHLI KELUARGA 😃

Saya beritahu suami dan keluarga. Mereka pun tidak berapa tahu mengenai susu ibu ni. Tapi menyokong kepada saya dan serahkan kepada saya untuk buat pilhan yang terbaik. Dalam masa yang sama saya juga berkongsi ilmu breastfeeding sikit-sikit bersama mereka. Tujuannya supaya bila ada masalah timbul, mererka tahu bagaimana nak bantu saya.

4. PERSEDIAAN MATERIAL 🤗

Antara barang penting yang perlu ada kalau nak menyusukan anak adalah breastfeeding-pump set, breast pads, nursing pillow, nursing bra dan macam-macam lagi. Bila ada barang-barang ni proses penyusuan akan jadi lebih mudah dan selesa.
Barulah seronok nak menyusukan anak.

5. PERSEDIAAN ROHANI 😎

Masa mengandung sampailah anak saya umur 2 tahun saya sentiasa doa semoga Allah permudahkan saya untuk susukan anak. Antara amalan penting yang saya amalkan secara istiqamah untuk ikhtiar banyakkan susu ialah :

Zikir Ya MATIN - Ambil segelas air. Mulakan dengan Bismillah (3x/10x/100x) dan selawat. Minum air dengan niat nak menyusukan anak.

Surah Al-Hujurat - Ikhtiar memperbanyakkan susu dan agar anak bersifat hati-hati.

**Tip eksklusif semasa menyusukan anak, kalau boleh sentiasa berlapang hati, tenangkan emosi, elakkan rasa marah.

6. PERSEDIAAN FIZIKAL☺️

Ibu menyusu perlu sangat jaga kesihatan fizikal. Sebabnya kalau badan penat, nak menyusukan anak itu sendiri akan rasa sangat mencabar! Apatah lagi kalau sakit. Jadi nak dapatkan kesihatan yang baik saya jaga pemakanan,rehat secukupnya, selalu ceria dan positif.

7. PEMAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG 😄

Saya amalkan makan secara sihat dan seimbang. Saya pastikan setiap kali waktu makan mesti ada buah, sayur, protein, karbohidrat dan air yang mencukupi. Saya elakkan makan makanan proses dan tidak berkhasiat. Setiap hari saya minum lebih kurang 3 liter air dan saya amalkan makan makanan yang menggalakkan penghasilan susu seperti buah kurma.
 





8. MAKANAN TAMBAHAN 😋

Masa menyusukan anak, zat-zat dan nutrien penting dari badan ibu akan disalurkan ke anak melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu itu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting sebagai ibu menyusu kena pastikan badan dapat nutrien lengkap yang penting supaya badan boleh hasilkan susu dengan baik dan kesihatan terjaga.
9. ELAKKAN STRESS 😫

Tertekan ni biasalah kan. Ada banyak punca tertekan. Tambah-tambah bila baru saja bersalin tu susah nak dapat rehat yang berkualiti.  Tapi apa yang penting kena pandai urus tekanan. Jangan terlalu ikutkan hati.

Saya kerapkan direct feeding dengan anak dan dalam masa sama cuba ikhtiar dengan makan makanan yang galactogogue (makanan yang menggalakkan penghasilan susu badan). Untuk ibu bekerja mungkin kena tahu cara untuk buat Power Pumping supaya stok EBM tak susut.

10. TAWAKKAL 😍

Saya perasan ramai ibu menyusu yang suka fikir "risau susu tak ada". Bagi saya apa yang penting kita fokus dengan objektif kita dan usaha buat yang terbaik. Tak lupa juga berdoa supaya Allah bantu dan makbulkan.

Sekian. Semoga bermanfaat bacaan ini untuk mama semua ^^

Jika mahukan informasi lebih lanjut berkenaan penyusuan, makanan tambahan yang sesuai bagi mama yang menyusukan, amat dialu-alukan untuk mama hubungi saya di 013-6871768 atau tekan link dibawah :

http://www.wasap.my/60136871768/penyusuaneksklusif

NURANITA SURI :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ini Maksud Sebenar Nombor Yang Ada Di Pelekat Buah-buahan

1) Kod 4 digit yang bermula dengan nombor 3 atau 4 👉Jika terdapat hanya empat nombor dalam PLU, ini bermakna bahawa buah-buahan tersebut ditanam secara konvensional atau "tradisional" dengan penggunaan racun perosak . Empat huruf terakhir kod PLU adalah jenis sayur-sayuran atau buah-buahan. 2) Kod 5 digit bermula dengan nombor 8 👉Jika terdapat lima nombor kod PLU, dan nombor yang bermula dengan "8", ini bermaksud buah tersebut diubahsuai secara genetik(GMO) . 😱 Jadi, adalah mustahil untuk makan produk organik yang ditanam dari benih yang diubahsuai secara genetik. ELAKKAN SEPENUHNYA!! Kajian mengatakan pisang, betik merupakan buah yang kebiasaannya diubahsuai secara genetik. Tetapi ada juga yang organik,berhati-hatilah. 3)Kod 5 digit bermula dengan nombor 9 👉Jika terdapat lima nombor kod PLU, dan nombor yang bermula dengan "9", ini memberitahu anda bahawa hasil ditanam secara organik dan tidak diubahsuai secara genetik (No

ADAKAH NORMAL UNTUK SELALU MERASA LAPAR?

ASYIK LAPAR JE!!!! Lapar ni seperti "signal" ,iaitu apabila otak anda memberitahu anda bahawa badan anda mempunyai bahan bakar yang diperlukan adalah rendah untuk terus bergerak - samalah seperti tangki kereta yang perlu diisi dengan petrol. APA YANG MENYEBABKAN ANDA BERASA LAPAR?? Biasanya rasa lapar akan menyerang setiap 3-4 jam setelah anda makan. Namun, ada kalanya anda juga merasa lapar walhal anda baru saja makan. Ada banyak alasan mengapa perut anda sering merasa lapar. Apa yang menyebabkan seseorang jadi cepat lapar? Rasa lapar bukan semestinya bermaksud anda perlu makanan. Inilah yang membuat diet pemakanan anda selalu ke laut, kerana selalu memenuhi keinginan rasa lapar anda dengan makanan. Padahal boleh jadi rasa lapar anda bukan kerana anda kurang makan, tetapi beberapa hal ini: 1. Anda dehidrasi / kehausan !! Rasa haus dan lapar kadang-kadang susah nak dibezakan. Biasanya rasa haus disalahtafsirkan menjadi rasa lapar. Seh

PENTING KE ASID LEMAK OMEGA-3 UNTUK KITA?

Penting ke ASID LEMAK OMEGA-3 untuk kita? Asid lemak yang kita perlukan adalah asid lemak omega-6 dan asid lemak omega-3. Badan kita tidak mempunyai enzim untuk menghasilkannya, jadi kita perlu dapatkannya dari diet pemakanan kita atau cari suplemen omega ini dari pasaran. Jika kita tidak dapatkan asid lemak ini, badan kita boleh jatuh sakit! Sebab itu ia dinamakan ASID LEMAK PERLU. Ketidakseimbangan diet antara Omega-3 dan 6 Asid lemak omega-6 senang didapati dan selalunya kita penuhi keperluannya untuk tubuh badan kita. Sumber omega-6 contohnya daripada minyak sayuran, biji bunga matahari, kacang soya, labu dan biji kenari. Makanan ringan yang kita makan juga mengandungi omega-6. Tetapi tidak omega-3 kerana orang selalu makan daging dan bukannya ikan. Sumber omega-3 yang terbaik adalah dari ikan. Nisbah keperluan asid lemak omega-3 dan 6 ini adalah 2:1 atau 1:1. Sebaiknya pengambilan omega-3 perlu lebih banyak berbanding omega-6 untuk mencegah keradangan yang disebabkan