Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

Cara atasi emosi seorang mama kepada anak

"Mama penat tau!!!" . . Nita percaya semua mama mesti rasa penat setelah seharian melayan keluarga. Terutamanya karenah anak-anak. Bukan kerana tak sayang kan? Tetapi penat sebab rumah bersepah sejurus selepas beberapa kali dikemaskan. Hehe . Yang baru balik kerja, mesti rasa letih akibat bebanan kerja di rumah belum habis, dah kena melayan karenah anak-anak di rumah pula. Itu belum karenah bapa anaknya pula  😜 . Di sini Nita ada beberapa cadangan solusi, nak tak mama semua menjadi mama yang sentiasa gembira?  😉 Bila mama pandai menangani emosi & kepenatan tu, Insya-Allah anak-anak akan jadi seorang anak yang tenang.    😊 Cadangan solusi : 🌹 Mama harus bertangnggungjawab terhadap reaksi mama - jika mama termarah anak-anak, cepat-cepat pujuk & meminta maaf kepada mereka. Kerana anak-anak masih kecil, pasti melakukan banyak kesilapan dalam proses pembelajaran. - mama harus sedar, kita adalah cermin bagi mereka begitu juga sebaliknya.

PETUA CANTIK (MUDAH PUNYA!)

Mama sekalian mesti rasa tiada masa nak pergi spa, belek muka lama-lama, & kekadang nak bermekap pun tak menyempat kan? Jangan risau! Kita ada petua nak cantik dengan cara mudah! 1. Menyerikan Wajah Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah. 2. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba. 3. Petua Awet Muda Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi sele