Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

PENTING KE ASID LEMAK OMEGA-3 UNTUK KITA?

Penting ke ASID LEMAK OMEGA-3 untuk kita? Asid lemak yang kita perlukan adalah asid lemak omega-6 dan asid lemak omega-3. Badan kita tidak mempunyai enzim untuk menghasilkannya, jadi kita perlu dapatkannya dari diet pemakanan kita atau cari suplemen omega ini dari pasaran. Jika kita tidak dapatkan asid lemak ini, badan kita boleh jatuh sakit! Sebab itu ia dinamakan ASID LEMAK PERLU. Ketidakseimbangan diet antara Omega-3 dan 6 Asid lemak omega-6 senang didapati dan selalunya kita penuhi keperluannya untuk tubuh badan kita. Sumber omega-6 contohnya daripada minyak sayuran, biji bunga matahari, kacang soya, labu dan biji kenari. Makanan ringan yang kita makan juga mengandungi omega-6. Tetapi tidak omega-3 kerana orang selalu makan daging dan bukannya ikan. Sumber omega-3 yang terbaik adalah dari ikan. Nisbah keperluan asid lemak omega-3 dan 6 ini adalah 2:1 atau 1:1. Sebaiknya pengambilan omega-3 perlu lebih banyak berbanding omega-6 untuk mencegah keradangan yang disebabkan